Strok haba boleh membawa maut

March 20, 2016

Apakah itu strok haba?


Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Penyakit ini boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation). Ciri utama strok haba ialah ketinggian suhu badan yang melampau dan berkaitan dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ di mana kebiasaannya proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. 

Pada suhu yang ekstrem, jumlah haba dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ dan akhir sekali adalah kematian. 


Simptom-simptom strok haba

  • Sakit kepala
  • Mual
  • Denyutan nadi pantas
  • Kurang berpeluh dalam cuaca panas
  • Otot lemah
  • Muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Mudah pitam

strok haba, simptom strok haba, bahaya strok haba


Langkah-langkah mengelakkan strok haba

  • Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal
  • Guna kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan
  • Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar
  • Pakai losyen pelindung suria
  • Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingan hawa
  • Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
  • Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan



Sumber : Majalah Rapi


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.