Throwback pulak Photoshoot di Pantai Kelanang

March 08, 2016

Photoshoot Di Pantai Kelanang

Sedang CN mengajar Geografi Tingkatan 3 topik Sumber dimana subtopiknya adalah jenis hutan di Malaysia, ada terselit tentang Hutan Paya Air Masin. Jadi terkeluarlah cerita tentang pokok bakau dan kisah photoshoot CN di Pantai Kelanang. 

Biasalah dalam pengajaran dan pembelajaran, mesti diselitkan cerita-cerita lain supaya pelajar tidak bosan. Bayangkan dalam masa sejam kalau disumbat dengan segala jenis fakta, mau boring budak-budak tu. Bila CN cerita tentang photoshoot kahwin dimana CN memanjat pokok bakau dengan memakai kebaya pendek purple bersama kain panjang yang jenuh diangkat, tak percaya pelajar CN ! 

photoshoot di pantai kelanang, pantai kelanang, outdoor pengantin, cerita cikgu

Hah ! Inilah buktinya. Bukan gambar studio tau. Real CN dan Encik Suami bergambar di Pantai Kelanang. Kemain semangat CN duk memanjat pokok bakau tu. Selamat masa tu berat 45 kg je. No big deal untuk panjat-panjat pokok bakau ni. 

Tetiba boleh pulak ter'throwback' gambar wedding. Tak sangka, 5 tahun sudah usia perkahwinan kami. Sekarang sedang menanti kehadiran 'orang baru' yang tak mahu keluar-keluar lagi ni. Minggu ni dah masuk 38 minggu. Nerves pulak ! Hehehehe

photoshoot di pantai kelanang, pantai kelanang, outdoor pengantin, cerita cikgu
Pantai Kelanang

photoshoot di pantai kelanang, pantai kelanang, outdoor pengantin, cerita cikgu

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.