37 minggu dah, berdebarnya!
March 02, 201637 Minggu Kehamilan
Menantikan saat-saat untuk bersalin memang amat mendebarkan. Walaupun ini pengalaman kali kedua CN, tapi disebabkan gap yang lama antara Irfan dan adiknya ini menjadikan pengalaman untuk bersalin kali kedua ini macam pengalaman pertama kali pulak. Serius memang CN lupa macam mana rasa sakit bersalin tu, tapi yang pasti memang sakit !
Sejak minggu lepas, tanda-tanda hendak bersalin itu sudah ada seperti kerap cirit-birit dan sakit perut. Tapi selagi belum mengalami kontraksi yang teratur dan turun tanda seperti air atau darah, memang CN tidak akan serah diri ke hospital. Lebih baik rehatkan dan tenang diri di rumah. Sekurang-kurangnya ada Encik Suami menemani. Disaat hendak bersalin inilah pentingnya kehadiran suami disisi tau.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
5 comments
Moga dipermudahkan CN.. Tazabar nak tengok baby.. :)
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan bersalin ye CN..
ReplyDeletekawan sy cg jugak..dari 38w lagi dh amik cuti..skrg dh overdue, isnin depan klo x beranak jugak, kena induce..
ReplyDeletesemoga urusan CN nanti lancar ye.
moga semuanya dimudahkan..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan bersalin ye CN..tunggu masa je tu :-)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.