Tips Untuk Shopping Sale Online
February 18, 20164 Tips Shopping Sale Online
Acara
membeli-belah yang terbesar di negara ini yang dinamakan sebagai Online
Revolution Malaysia bakal menjelma tidak lama lagi. Malah kita sekarang sudah beralih
kepada mood untuk membeli-belah sempena perayaan yang bakal tiba. Ini kerana mengikut
kebanyakan online retailers, hampir 70% pembeli online sudah bersedia untuk mendapatkan
promosi sempena Hari Raya.
Disini CN ingin berkongsi dengan anda tips shopping sales online. Apa yang perlu anda tahu tentang
sales online ini ?
· Scan
for deals – anda harus
tahu laman sesawang atau butik fesyen online yang manakah mempunyai tawaran terbaik.
Buat senarai anda sendiri untuk memudahkan pembelian anda, dengan ini anda tidak
perlu membazir masa untuk mencari website online shopping yang terbaik di
internet. Sebaliknya, ikut sahaja senarai butik online kegemaran yang anda sudah
serasi seperti Zalora.
· Jangan
bazirkan baucar online anda
– apabila ianya tentang kod baucar online, gunakan! Pilih apa sahaja barang
yang anda mahukan dan pergi ke halaman membeli dan pastikan ruang promosi itu tidak
dibiarkan kosong.
Sentiasa
lihat calendar –
ini adalah antara trick membeli-belah online yang telah CN pelajari sejak beberapa
tahun yang lalu. Kebanyakan butik online Malaysia akan mengadakan jualan murah pada
awal dan penghujung bulan sekitar tarikh 26-28. Oleh itu plan masa untuk
shoping anda dengan hemah.
· Rajinkan
diri anda untuk membuat perbandingan – sentiasa fikir di luar
kotak dan kadang-kala anda harus jauhkan daripada online retailer yang
anda sudah terbiasa kerana ada masanya dua laman sesawang yang berbeza mungkin menawarkan
kasut yang sama tetapi dengan harga yang berbeza!
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
Ni kalau wife tau trik ni, memang makin kerap la dia nak shopping.. wakaka
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.