Perlukah vaksin untuk si kecil?
February 01, 20167 persoalan kenapa perlunya vaksin
Zaman sekarang ibubapa moden semakin bijak dan mempunyai pelbagai pendapat sendiri tentang kepentingan vaksin kepada si kecil. Terdapat kumpulan sokongan ibubapa di facebook yang menyatakan TIDAK untuk vaksin atas pelbagai alasan. Yang paling biasa didengari adalah "orang dulu-dulu tidak ambil pun vaksin, kenapa boleh hidup lama dan sihat je?."
Perlu diingat, terdapat banyak perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang. Jika anda berpendapat bahawa si kecil tidak perlukan vaksin atas alasan hendak disamakan dengan orang dulu-dulu. Jawab dulu persoalan dibawah ini :
1. Adakah anda mengambil makanan organik seperti orang dulu-dulu?
2. Adakah anda menghirup udara yang bersih seperti zaman dulu-dulu?
3. Adakah anda menggunakan dapur kayu untuk memasak?
4. Adakah anda pasti bahawa ayam kampung yang anda makan yang konon-kononnya organik benar-benar tidak makan dedak?
5. Adakah anda pasti sayur organik yang dibeli di pasar benar-benar organik?
6. Adakah anda tidak pernah membawa si kecil berjalan-jalan di shoping complex yang semestinya mempunyai ramai orang?
7. Adakah sumber air minuman anda benar-benar tiada campuran bahan kimia?
Sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh diutarakan untuk mereka yang terlalu 'taksub' mengatakan tidak untuk vaksin ini. Kemon ibubapa yang bijak-bijak diluar sana, sesungguhnya banyak perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang. Kita tidak boleh samakan anak kita di zaman ini dengan zaman dulu.
Vaksin membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak daripada ancaman pelbagai penyakit berbahaya dengan membina ketahanan tubuh untuk melawan jangkitan. Ketahanan tubuh kepada sesuatu penyakit akan diperoleh melalui dua cara iaitu hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan dan badan membina antibodi kepadanya dan satu lagi adalah menerusi antibodi yang diperoleh melalui imunisasi.
Pentingnya imunisasi ini yang diberikan secara PERCUMA oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mengapa perlu mengatakan tidak??
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
akak mmg setuju pengambilan vaksin ni kerana zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang ni...so untuk kesihatan anak,baiklah ambil kan
ReplyDeletebetul tu kan..dgn keadaan skang, pendatang lg ramai dr org malaysia ni..mmg perlu sgt ..
ReplyDeleteVaksin penting untuk mencegah pelbagai jenis penyakit..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.