Musim bunga di EcoWorld Majestic Semenyih
February 22, 2016EcoWorld Majestic Semenyih
Tempat yang sedang viral di media sosial dimana EcoWorld Majestic ini menawarkan pemandangan yang indah dengan pelbagai spesis bunga dan replika yang menarik. Apa yang paling penting adalah masuk adalah PERCUMA sehingga 6 Mac ini. Cuma perlu pastikan sebelum masuk anda telah dapatkan wrisband berwarna oren di kaunter pendaftaran.
EcoWorld Majestic Semenyih yang menawarkan pemandangan yang indah & menyenangkan |
Apa yang menariknya di EcoWorld Majestic Semenyih ini?
Taman mini ini mengelilingi tasik buatan yang mempunyai air pancut ditengah-tengahnya. Dengan hamparan rumput hijau yang cantik, memang best duduk-duduk ditepi tasik sambil dating. Pada mulanya CN agak risau untuk jalan-jalan di sini memandangkan keadaan diri yang sarat hamil. Kepala mula terfikir kalau dah rasa sakit bersalin, hospital mana paling terdekat! Ahaks
Tapi apabila melihat taman yang tidak berapa besar dan boleh duduk berehat di atas rumput, alhamdulillah, tidak berlaku kejadian seorang cikgu bersalin di EcoWorld Majestic Semenyih!
Okay, disini apa yang paling menarik, terdapat kemudahan untuk membawa pengunjung ke pintu masuk taman jika parking jauh. Disediakan buggy, van dan kereta mpv untuk kemudahan pengunjung. Kebetulan ketika CN ke sana, terpaksa parking jauh kerana kereta yang terlalu banyak. Tiba-tiba datang seorang guard naik motor dan beritahu kami bahawa kemudahan van disediakan sampai ke pintu masuk taman dan ia adalah PERCUMA.
Selepas mendaftar dan mendapatkan wristband, payung berwarna hijau disediakan percuma kepada pengunjung yang tidak tahan panas macam CN. Disini terdapat 4 taman mini bertemakan Shanghai, Paris, Amsterdam dan London. Di Shanghai anda boleh bergambar berlatarbelakangkan tanglung yang banyak. Paris pulak sudah semestinya replika Eifel Tower manakala Amsterdam dengan replika kincir anginya. Di London terdapat pondok telefon warna merah yang menjadi kesukaan Irfan.
Apa yang CN perhatikan, disini paling banyak bunga kekwa dan tahi ayam. Biasalah, bunga tahi ayam walaupun busuk, tapi memang cantik. Bunga yang paling menggoda CN tentunya bunga matahari. Banyak pulak tu ditanam bunga matahari dan cantik berbunga. Geram je rasa macam nak bawak balik je !
Ok, ingat ye, musim bunga yang masuk percuma ni cuma sampai 6 Mac sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk kesini.
Ok, ingat ye, musim bunga yang masuk percuma ni cuma sampai 6 Mac sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk kesini.
Masa operasi Eco World Majestic
Isnin - Jumaat : 10 pagi - 5 petang
Sabtu - Ahad : 10 pagi - 8 malam
Keseronokan di EcoWorld Majestic
Ok, meh la layan beberapa keping gambar si kecik Irfan yang sangat lincah di taman EcoWorld Majestic ini. Tempat ini memang sesuai untuk dijalankan aktiviti photoshoot tau.
Irfan di Eiffel Tower EcoWorld Majestic |
CN dan ibu Atiyah pun takmo lepaskan peluang bergambar di Eiffel Tower ni |
Aktiviti wajib berwelfie dengan abam aktif ini |
Irfan suka sangat main dalam pondok telefon ala-ala di London ni |
4 comments
Ohh. rupanya kat sini je. Patut tengok orang ramai upload gambar.
ReplyDeleteJemput singgah: http://nurulzayani.blogspot.com/
Bergayanya Irfan brgamba kat depan Eiffel Tower tuu. Hihi
ReplyDeleteteringin nak pergi, tapi husband x sihat pula..hrp2 mggu ni dpt pergi sblm show abis :)
ReplyDeletetime kasih atas info.. berhajat nak pegi mggu nie..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.