5 Sikap Membazir Rakyat Malaysia Yang Perlu Dibendung
February 06, 2016Sikap Membazir Rakyat Malaysia
Sebenarnya kita masih keliru antara keperluan dan kehendak. Jika dulu henfon adalah kehendak tetapi kini henpon merupakan keperluan yang sangat penting. Cuma kehendak itu adalah henpon yang mahal dan berjenama, itu adalah membazir kan?
Perkara yang sama juga yang telah dikongsi oleh page Nasihat Kewangan ini tentang komitmen rakyat Malaysia yang sebenarnya membazir.
Alhamdulillah, CN masih berpegang kepada prinsip siaran siaran TV berbayar adalah membazir. Di rumah cuma fokus kepada bayaran Internet sahaja sebab masing-masing lagi obses dengan Internet dari TV. Irfan sendiri tak habis-habis dengan Youtube nya berbanding menonton TV. Jadi mengapa perlu membazir membayar siaran TV berbayar kan?
Hobi CN update blog. Hah ! Tu boleh kira hobi ke sebab bila dah ada anak ni memang tak berapa suka shoping. Penat nak mengejar anak di shoping complex. Kalau harap pergi sendiri dengan bff, sebulan sekali je. Tu bukan hobi kan? Hehehe
Hobi Encik Suami pula adalah memancing. Walaupun keluar modal untuk bayar tempat mancing, tapi dapat hasil, tidak membazir rasanya. Mujur Encik Suami tidak memiliki hobi modify kereta, Alhamdulillah.
Rokok dan Encik Suami tidak dapat dipisahkan tapi dapat dikurangkan. CN sentiasa berdoa agar Encik Suami berjaya berhenti merokok. Amin...
Malanglah mereka yang dapat awek high maintenance ni...hehehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.