4Februari2016 : 5th Anniversary

February 04, 2016

Ulangtahun Perkahwinan ke-5

Alhamdulillah..harini 4/2/2016, genap la usia perkahwinan CN & Encik Suami yang ke-5. Diam tak diam, dah 5 tahun usia perkahwinan kami. Pengalaman perkahwinan jarak jauh hampir 2 tahun banyak mematangkan kami dalam mengharungi dugaan kehidupan berumah tangga. 

Menginjak ke 5 tahun usia perkahwinan kami, Irfan tahun ni berumur 4 tahun dan bakal mendapat adik pada hujung Mac ini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT. Walaupun target CN nak dapat 3 anak, Allah SWT maha menentu segala-galanya.

baju pengantin tema kuning, wedding, anniversary


Sambutan ulangtahun ke-5 ini asalnya nak bercuti, tapi mengenangkan kesihatan CN yang tak berapa baik terpaksa ditangguhkan. Tunggula baby 'M' ni keluar dulu ye. 

Baiklah..CN mohon pembaca semua doakan hubungan CN & Encik Suami kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, pembaca blog CN dari hari ke hari makin meningkat bilangannya. Jika 1000 orang yang membaca entry ni doakan hubungan kami, InsyaAllah, benda yang baik juga akan berlaku kepada anda kerana jika kita mendoakan yang baik kepada orang lain, InsyaAllah, akan ada balasan yang baik juga.. Wallahhualam....


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.