3 tanda hendak bersalin yang perlu ibu hamil tahu

February 09, 2016

Tanda-tanda hendak bersalin

Dengan mengenali tanda-tanda hendak bersalin, anda akan mengetahui waktu yang tepat untuk ke hospital. Pengalaman CN masa hendak bersalinkan Irfan dulu, almaklumlah anak pertama, bila rasa sakit kontraksi yang memang menyakitkan terus diajak Encik Suami ke hospital. Bila check bukaan baru 2cm. Dah kena balik rumah 'melayan' sakit kontraksi yang kejab-kejab datang atau lebih dikenali sebagai braxton hicks.

Apakah 3 tanda hendak bersalin yang perlu ibu hamil tahu?

1. Kontraksi yang teratur
: Kontraksi yang dirasai pada kali ini tidak seperti kontraksi braxton hicks dimana ia timbul secara teratur. Pada permulaannya, kontraksi hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah lama dan kuat serta selang masa adalah singkat. Ketika kontraksi sudah teratur, mulalah kira waktunya. Kelahiran akan terjadi apabila kontraksi menjadi semakin dekat iaitu 40 saat antara satu sama lain. 

2. Lendir bercampur darah
: Pengeluaran lendir bercampur darah terjadi disebabkan oleh sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir yang berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah. Pengalaman CN sendiri, lendir bercampur darah ini telah keluar sehari sebelum bersalin. 

3. Air ketuban pecah
: Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar. CN pula ketuban dipecahkan ketika di dalam labour room. Untuk pengetahun anda, air ketuban ini berbentuk bersih, jernih dan tidak berbau.

Sudah mempunyai salah satu tanda hendak bersalin ini?

Apa tunggu lagi, cepatlah menyerah diri di hospital ye. Tapi sebelum itu, pastikan anda makan terlebih dahulu kerana proses bersalin adalah memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Untuk anak kedua ini harap-harap CN lebih bertenang dan dapat makan sebelum bersalin kerana ketika Irfan dulu, CN langsung tak boleh makan disebabkan mual dan loya. Akibatnya memang semput dan tidak bermaya la semasa proses bersalin. Syukur alhamdulillah, walaupun tenaga tidak berapa kuat, mental yang kuat membolehkan CN bersalin secara normal. 

p/s: Serius CN memang lupa rasa sakit bersalin tu macam mana. Cuak pula menunggu kelahiran kali kedua ini.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.