Peluang untuk menerbitkan jurnal penyelidikan 2016
January 26, 2016PENGHANTARAN ARTIKEL UNTUK PENERBITAN JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
Tuan/Puan dipelawa untuk menghantarkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 17 untuk tahun 2016.
Syarat-syarat penyertaan untuk menerbitkan jurnal penyelidikan adalah seperti berikut:
- Artikel berbentuk laporan penyelidikan berkaitan pendidikan yang terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta lima kata kunci. Saiz abstrak adalah 10 dan italic.
- Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan di dalam atau di luar negara
- Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan
- Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.
- Saiz tajuk artikel 14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10 dan saiz alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah)
- Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.
- Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.
- Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) dan salinan lembut (soft copy)
- Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada alamat emel nasithah.hamid@moe.gov.my
- Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) hendaklah dihantar kepada:
Ketua Urusetia Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Dr Maimunah Muda)
Tarikh akhir penghantaran artikel adalah pada 31 Mei 2016
- Sekiranya tuan/puan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak kami selepas 31 Mei 2016, bermakna artikel tuan/puan tidak terpilih untuk diterbitkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Maimunah Muda melalui talian 03 88846593 atau Puan Nasithah Abd Hamid melalui talian 03 88846567
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.