Peluang untuk menerbitkan jurnal penyelidikan 2016

January 26, 2016

PENGHANTARAN ARTIKEL UNTUK PENERBITAN JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


Tuan/Puan dipelawa untuk menghantarkan artikel bagi penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 17 untuk tahun 2016.  
jurnal penyelidikan, peluang menerbitkan jurnal

Syarat-syarat penyertaan untuk menerbitkan jurnal penyelidikan adalah seperti berikut:

  1. Artikel berbentuk laporan penyelidikan berkaitan pendidikan yang terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta lima  kata kunci. Saiz abstrak adalah 10 dan italic.
  2. Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan  di dalam atau di luar negara
  3. Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan
  4. Artikel ditaip di atas kertas A4 dengan single spacing  menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.
  5. Saiz tajuk artikel 14, saiz nama penulis 12, saiz nama institusi 10 dan saiz alamat emel 9. (Semuanya ditulis di tengah-tengah)
  6. Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan gaya penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.
  7. Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.
  8. Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy)  dan salinan lembut (soft copy)
  9. Artikel dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dihantar kepada alamat emel nasithah.hamid@moe.gov.my
  10. Artikel dalam bentuk salinan bercetak (hard copy)   hendaklah dihantar kepada:

Ketua Urusetia Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Dr Maimunah Muda)

Tarikh akhir penghantaran artikel adalah pada 31 Mei 2016

  • Sekiranya tuan/puan tidak menerima apa-apa surat daripada pihak kami selepas 31 Mei 2016, bermakna artikel tuan/puan tidak terpilih untuk diterbitkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Maimunah Muda melalui talian 03 88846593 atau  Puan Nasithah Abd Hamid melalui talian 03 88846567

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.