Bahaya batuk ketika hamil
January 31, 2016Batuk Ketika Hamil
Pejam celik pejam celik, sudah 32 usia kandungan CN ini. Mengandung kali kedua ini sememangnya amat berbeza dengan yang pertama dulu. Paling seksa adalah CN mengalami batuk berterusan sehingga sebulan lebih pada usia kandungan masuk trimester ketiga. Bayangkan bagaimana sukarnya untuk CN mengajar pelajar ketika batuk menyerang. Perut yang membesar menyebabkan CN menjadi semput bila batuk.
Paling menakutkan bila refer ke Hospital Banting, boleh pulak suspect tibi kerana batuk berterusan tanpa demam. Seminggu CN berulang-alik ke Hospital Banting untuk hantar sample kahak. Ujian darah pula hampir sama dengan pesakit tibi tetapi tidak boleh dipastikan kerana CN mengandung.
Alhamdulillah, setelah diberikan antibiotik, perubahan positif berlaku dimana batuk CN semakin berkurang dan sakit pada dada akibat batuk juga agak berkurang. Cuma CN perlu kembali ke Hospital Banting pada minggu depan untuk mengetahui hasil ujian kahak dan ujian tibi dengan inject 'sesuatu' pada lengan kiri.
Sememangnya bahaya jika mengalami batuk yang teruk di trimester ketiga ini. Akibat batuk yang teruk ini boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang kerana tekanan yang kuat pada perut.
Doakanlah ujian kahak CN nanti negatif tibi ye.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Insya Allah semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh, amin :)
ReplyDeleteSeksa sangat kalo batuk berpanjangan, tak mengandung pun rasa perit apatah lagi berbadan dua ginj moga cpt sihat
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.