Taman Botani Shah Alam
December 17, 2015Tempat Menarik Di Shah Alam
Taman Botani Shah Alam ataupun dikenali juga sebagai Bukit Cahaya atau Bukit Cherakah merupakan antara destinasi menarik untuk dilawati di Shah Alam. Terletak di Seksyen 8 Shah Alam, amat mudah untuk kesini. Sighboard pun banyak sebagai panduan kepada mereka yang pertama kali ke sini.
Seingat CN, kali terakhir CN ke sini adalah tahun 2009 iaitu zaman anak dara. Masa tu dating dengan bff naik basikal pusing 1 taman, memang best. Tapi kali ini datang bersama si kecil Irfan dan ibu yang sakit kaki, kitorang naik bas je. Bila naik bas, tempat yang dilawati memang terhad. Its okay, lain kali datang lagi ye !!
![]() |
Rumah Iklim Sederhana 4 Musim |
Rumah Iklim Sederhana 4 Musim
Antara tempat menarik di Taman Botani Shah Alam adalah Rumah Iklim 4 Musim. Bayaran pulak cuma RM3 untuk dewasa dan RM5 untuk musim salji. Sepatutnya ketika CN datang adalah musim salji, tetapi tempat ni ditutup sempena penyelenggaraan. Memang kecewa tak dapat masuk. Its ok, di kawasan sekitar Rumah Iklim 4 Musim ini pun ada banyak tempat cantik untuk bergambar. Macam gambar di bawah adalah replika rumah kecil. Seronok Irfan bermain di sini.
![]() |
Replika rumah kecil di belakang Rumah Sederhana 4 Musim |
![]() |
Welfie di air pancut berdekatan dengan Rumah Sederhana 4 Musim |
Taman Haiwan, Taman Botani Shah Alam
Taman Haiwan di Taman Botani Shah Alam bolehlah dikatakan mini zoo kerana terdapat pelbagai haiwan yang jinak. Irfan memang enjoy di Taman Haiwan di sini. Berpeluh-peluh dia berjalan melihat pelbagai jenis binatang. Paling Irfan suka adalah rusa yang jinak dan kuda padi yang relax je melayan keletah kami sekeluarga. Burung kakak tua di sini memang peramah dan 'banyak cakap'.
![]() |
Kuda padi yang sporting melayan kerenah kami |
![]() |
Senang je Irfan lap peluh, pakai shirt je padahal CN dah prepare towel, alahai anak.. |
![]() |
Irfan yang eksited bersama Acu |
Bayaran Masuk ke Taman Botani Shah Alam
PERKARA
|
KADAR HARGA |
(1 Unit @ 1 Hari)
HARI BIASA
H. MINGGU /
KELEPASAN AM
KELEPASAN AM
KAUNTER UTAMA DAN KAUNTER TEMPAHAN DAN PENGINAPAN
Tiket masuk dewasa (12 – 54 tahun)
RM 3.00
Tiket masuk kanak-kanak (6 – 11 tahun)
RM 1.00
Tiket masuk warga emas (55 tahun ke atas)
RM 1.00
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, rumah anak yatim dan Orang Kelainan Upaya
Masuk Percuma
KAUNTER RUMAH IKLIM EMPAT MUSIM
Musim Lain
Musim Salji
Tiket masuk dewasa (12 tahun dan ke atas)
RM 3.00
RM 5.00
Tiket masuk kanak-kanak (4-11 tahun)
RM 1.00
RM 3.00
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, Rumah Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya
Masuk Percuma
PENGINAPAN
Penginapan Kg Idaman
RM 80.00
RM 100.00
BAYARAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
Kereta
RM 3.00
Motorsikal
RM 1.00
Bas
RM 5.00
LAIN-LAIN BAYARAN
Dewan Makan Kg Idaman (1 Unit)
RM100.00
Tapak Hari Keluarga (7 lokasi)
RM 100.00
Kolam Renang & Tepian Kolam
RM 500.00
Caj Pengambaran
RM 1,000.00
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
Syoknyaa jalan2. :)
ReplyDeletewah. pestime aida dgr tempat ni, CN.
ReplyDeletemurah plak semua fee nyer.
menarik!!!
ehehhe best jalan2 ngan family =)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.