Semak Laporan Penilaian Prestasi
December 23, 2015Semak Markah Prestasi di HRMIS
Markah penilaian prestasi tahunan anda untuk tahun 2015 sudah boleh di semak di sistem hrmis yang menggunakan sistem yang 'old skul' tu ! Bagaimana ? Caranya adalah sama seperti ketika anda key in SKT 2015. Meh CN share cara semak markah prestasi yang mudah ini tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi kerana sistem HRMIS ini tidak menentu 'mood' nya. Hehehe...
Cara-cara Semak Markah Prestasi di HRMIS
1. Pastikan anda menggunakan Internet Explorer version lama.
2. Klik https://hrmisone.eghrmis.gov.my/
3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan.
4. Setelah berjaya log in, paparan di bawah akan keluar dan klik Pengurusan Prestasi.

5. Kemudian, paparan di bawah akan keluar dan klik Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

6. Setelah itu, klik Penilaian Prestasi Tahunan.

7. Kemudian, pilih Sasaran Kerja Tahunan.

8. Setelah itu, klik Pegawai Yang Dinilai. Ada banyak bahagian, untuk melihat markah yang diberi oleh PPP, klik Bahagian VII. Anda boleh lihat markah keseluruhan anda disitu. Anda juga boleh lihat komen yang diberi oleh Pegawai Penilai 1 di Bahagian VIII & IX.

9. Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati terhadap markah yang diberi, berbincanglah elok-elok dengan PPP anda. Tidak perlu saman-saman ye.
10. Semoga berjaya.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
X dapat klik vii...
ReplyDeletePKP dah bagi markah tp Pengetua belum lagi. huhuhuhu
ReplyDeleteRasanya sebelum cuti dah dapat tahu keputusan melalui harmis
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.