Perubahan Pada Pinjaman Perumahan Kerajaan

December 17, 2015

Pinjaman Perumahan Kerajaan


Diberitakan dalam bulan September 2015 yang lalu, permohonan pinjaman perumahan kerajaan tidak lagi semudah sebelum ini. Kali ini kerajaan memperkenalkan syarat Debt Service Ratio (DSR) bagi permohonan baru tidak melebihi 60%.

Ketat sedikit tetapi tidaklah teruk sangat kerana DSR ini hanya untuk pinjaman yang ada pemotongan bulanan di atas slip gaji sahaja. Pinjaman di luar tidak dipeduli.

Jika anda adalah kakitangan kerajaan adalah lebih baik anda menyemak dahulu dengan bahagian pinjaman perumahan (BPP) sebelum anda membuat keputusan membayar booking dan menandatangani S&P. Ini kerana, selain BPP tiada pihak lain yang mampu mengatakan berapa amaun layak anda pinjam kerana cara pengiraan itu ditentukan oleh BPP.

Jadual di bawah adalah kelayakan pinjaman jika didapati DSR anda (termasuk komitmen baru) dalam slip gaji tidak lebih 60%.




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.