Awas! Bahaya cincin berlian
December 06, 2015Bahaya Cincin Berlian
Cincin emas kuning atau putih yang mempunyai batu berlian timbul seketul amat bahaya buat ibu yang mempunyai anak kecil.
Cincin berlian yang menggoda bukan milik CN..
Kenapa cincin berlian bahaya?
Ini kerana jika anda lalai, anda mampu melukakan kulit si kecil dengan cincin anda ! Bayangkan jika anda memakai cincin dengan batu berlian sebesar biji kurma, kemudian anda mendukung si kecil, kebarangkalian batu berlian anda yang besar gedabaq itu menggores kulit si kecil amat tinggi !
Bukan ibu yang mempunyai anak kecil sahaja, guru-guru juga tidak digalakkan memakai cincin berlian jika anda merupakan kategori guru kesayangan yang akan dicium tangannya oleh pelajar setiap hari.
Hal ini terbukti kerana CN sendiri pernah menggores kulit wajah pelajar dengan cincin berlian cenonet je. Itu baru cenonet, kalau besar biji kurma alamat berdarahlah kulit wajah pelajar CN !
Oleh itu hindarilah memakai cincin berlian ketika anda menjaga si kecil atau ketika berada di sekolah.
p/s : Cincin berlian cenonet telah disimpan rapi kerana tidak muat dek ketembaman jari yang melampau akibat preggy kali kedua ini. Oleh itu marilah kita berjemaah tidak memakai cincin berlian ye....hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
ambil jalan lebih selamat tak erlu pakai kan..selamat
ReplyDeleteLawanyaaa lahai cincin tuu
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.