Apakah Hb Rendah?

December 07, 2015

Hb Rendah Ketika Kehamilan


Hb rendah ataupun kekurangan sel darah merah sering dialami oleh wanita hamil dan amat bahaya jika dibiarkan berterusan. Mengikut World Health Organization (WHO), Hb rendah iaitu di bawah paras 11 g/dL dikategorikan kepada 3 peringkat. 

Peringkat Hb Rendah

Ringan : Hb 9 - 11 g/dL
Sederhana : Hb 7 - 9  g/dL
Teruk : Hb kurang daripada 7  g/dL

hb rendah, peringkat hb rendah, faktor hb rendah


Faktor Hb Rendah

1. Ibu yang hamil lagi dalam tempoh yang singkat
2. Hamil anak kembar
3. Mengalami muntah terlalu kerap dan alahan mengandung yang teruk
4. Ibu yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
5. Ibu mengalami haid dalam kuantiti yang banyak sebelum hamil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil
6. Ibu yang hamil pada usia remaja
7. Ibu mempunyai sejarah anemia
8. Ibu yang mengambil alkohol ketika hamil


Faktor utama CN mengalami Hb rendah semasa check up bulan lepas iaitu 10.8 adalah kerana faktor nombor 4. CN kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Apakah makanan yang kaya dengan zat besi ini? Next entry CN akan berkongsi pula dengan anda cara mengatasi Hb rendah ini. Tunggu ye...


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. ingin berkongsi juga..
    Semasa saya mengandung, saya juga mengalami masalah HB rendah.
    Alhamdulillah.. saya mengatasinya dengan cara memakan buah jambu batu setiap hari bersama Serbuk asam buah prune. saya juga meminum air jambu batu.
    Setelah mengamalkannya, HB saya sentiasa berada dalam keadaan stabil..

    ReplyDelete
  2. jaga kesihatan yaa kak CN :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.