Spoil mood blogwalking bila ada benda ni

November 16, 2015

Word Verification Pada Ruangan Komen

Blogwalking merupakan salah satu cara untuk meningkatkan Unique Visitor (UV) blog. Dengan blogwalking, kebarangkalian untuk mendapat komen balas adalah 50% dan setiap komen akan menyumbang UV kepada blog anda. 


blogwalking, blogger, i'm not robot, word verification

Kenapa perlu UV yang tinggi? 


Jika anda menggunakan blog sebagai salah satu cara untuk menjana income, UV yang tinggi adalah faktor utama untuk mendapatkan income dari pengiklanan seperti Google Adsense, Nuffnang dan pelbagai lagi. CN pernah ceritakan tentang gaji pertama CN dari Google Adsense dan faktor utama CN mampu menjana income dengan Google Adsense adalah berdasarkan UV yang tinggi. 

Salah satu cara untuk CN tingkatkan UV adalah dengan promosi blog. Selain menggunakan media sosial seperti facebook, Google + dan instagram, blogwalking juga merupakan salah satu cara untuk menyumbangkan UV kepada blog anda. 

Word Verification 


Apabila anda komen di blog rakan-rakan blogger anda, sudah pasti sebahagian dari mereka akan membalas kunjungan anda. Dengan cara ini anda telah mendapat UV dari rakan blogger anda tersebut. Jika zaman baru-baru berblogging, CN mampu blogwalking sehingga 100 lebih blog dalam masa sehari. Tapi kini faktor kesibukan dengan kerja dan juga word verification pada ruangan komen mengehadkan jumlah blog untuk diblogwalking.

Bayangkan untuk menghantar satu komen, anda perlu mengesahkan "I'm not robot" dan perlu pilih gambar yang entah apa-apa ! Jika jawapan yang salah, perlu memilih gambar yang lain pula. Jika ini terjadi, besar kemungkinan untuk CN tutup blog tersebut adalah 80% ! Hah ! Kan dah rugi tak dapat komen dari CN. Jika diikutkan kerajinan, CN boleh mengomen sehingga berbelas-belas komen dalam satu blog. Tapi bila munculnya word verification yang annoying ini, memang say goodbye la..


blogwalking, blogger, i'm not robot, word verification, uv blog

Alternatif Untuk Word Verification

CN faham kebanyakan blogger meletakkan word verification untuk mengelakkan komen spam. Sebenarnya cara terbaik untuk mengelakkan komen spam adalah dengan menukar Comment Moderation dibahagian setting kepada "Always". Dengan cara ini, setiap komen perlu disahkan oleh anda sendiri. Jika dapati komen tersebut adalah spam, anda boleh mendeletenya. Kan mudah? 

Untuk bahagian Show word verification pilih "No". Ingat, pilih "No". Barulah jumlah komen di blog anda akan bertambah. 

Selamat berblogging. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

6 comments

  1. yep,, opkos.. Aiz memang benci nak pilih gambar ntah pape dari pak gugel pa pak pak.. huhu spoil mood..
    kecuali kalau terpaksa.. haha

    btw,,nice blog.. meriah..
    jemput singgah blog..
    http://aizfaizi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. memang CN tapi bukan skrang ni semua blog ke kena attack dengan Im not a robot ni..

    ReplyDelete
  3. yes. menyusahkan!
    geram dibuatnya kan... mood bw terus merudum jatuh!

    ReplyDelete
  4. hahaha kalau saya mai blog ada word verification, memang terus ctrl+w je. takire apa dah. hahaha kejamnyew!

    ReplyDelete
  5. Betul tu CN..
    Mmg sakit hati jugak sbnrnya..
    kekadang rasa ilng kejap mood nak bw

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.