8 Perbezaan Berpantang Selepas Bersalin Dulu & Kini
November 29, 2015Berpantang Selepas Bersalin Versi Tradisional & Moden
Seiring dengan peredaran zaman, cara berpantang selepas bersalin juga mengalami evolusi. Banyak pantang larang nenek moyang kita diketepikan dan dimodenkan. Tidak salah mengikut peredaran zaman, tetapi cara tradisional ada juga yang sangat bermanfaat dan mesti diamalkan sekarang.
Seperti pengalaman CN ketika berpantang masa Irfan dulu, CN gabungkan cara tradisional dan moden kerana terdapat beberapa kaedah tradisional yang tidak sesuai dengan CN. Mujur arwah mak mertua yang menjaga CN ketika itu sangat memahami dan supportive. Tempoh berpantang tidak 'menakutkan' seperti yang sering diuar-uarkan.
Jom kita lihat perbezaan berpantang selepas bersalin dulu & kini.
1. Tradisional : Bersama suami selepas 100 hari
Moden : Bersama suami selepas 30 hari
[ Ini penting ye, 100 hari je dear. Relax la. Ini untuk memastikan supaya sistem kewanitaan kita betul-betul telah sembuh dan sedia untuk bekerja ! ]
2. Tradisional : Berehat secukupnya
Moden : Sibuk dengan media sosial
[ Ini memang CN ikut cara moden sebab sudah terbiasa dengan media sosial. Almaklumlah, kononnya CN ni kan media social influncer. Itulah cara CN nak dapat duit lebih...hehe ]
3. Tradisional : Keluar rumah selepas 40 hari
3. Tradisional : Keluar rumah selepas 40 hari
Moden : Keluar rumah selepas 2 minggu
[ Cara tradisional 40 hari kerana bayi terlalu kecil untuk berdepan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Biarlah si kecil di rumah je. Pengalaman CN sendiri walaupun Irfan di rumah sahaja, itu pun terkena batuk sampai menjadi pneumonia dan terpaksa 'bercuti' di hospital 14 hari dalam tempoh berpantang ]
4. Tradisional : Menyusukan bayi
Moden : Memberi susu formula
[ Sememangnya tidak dinafikan bahawa susu ibu itu adalah rezeki masing-masing. Bukan semua orang mampu menyusukan anaknya. Tapi sayang seribu kali sayang jika anda diberi rezeki susu yang banyak, tetapi 'malas' untuk diberikan kepada si kecil atas faktor sibuk dan takut perubahan fizikal badan. Hello ! CN mampu maintain selim selepas bersalin sampai Irfan umur 2 tahun sebab full breastfeed. Kalori terbakar dengan banyak bila anda menyusukan bayi anda. Tak perlu workout tau.. ]
5. Tradisional : Bengkung herba
Moden : Bengkung moden
[ CN pilih bengkung herba kerana lebih panjang dan kain tahan lasak. Lagi pun masa memakai bengkung herba ini, boleh bermanja dengan Encik Suami minta dia pakaikan. Yela, orang lelaki bila pakaikan memang best sebab ikatan lagi kuat..haip ! 100 hari jangan lupa ye...hehe ]
6. Tradisional : Minum air akar kayu/jamu
Moden : Minum kolagen
[ Ok, ini CN mengalah. Memang CN pilih minum kolagen yang lagi sedap dan mudah. Air jamu CN cuma minum air pegaga+kunyit hidup masa hujung berpantang je. Air akar kayu langsung tak sentuh sebab Irfan terberak-berak bila CN minum air ni. Yela, masa tu menyusukan si kecil, jadi jika tidak serasi, si kecil yang akan kena. ]
7. Tradisional : Bertungku
Moden : Ubat-ubatan
[ CN gabungkan bertungku dengan menggunakan batu sungai yang dicari oleh ayah mertua bersama supplemen dari Shaklee. Memang superb ! ]
8. Tradisional : Memakai tempel/herba
Moden : Memakai barut/minyak urut
[ Ini pun CN gabungkan je sebab tidak boleh selalu pakai herba di perut dan dahi. Berbintik-bintik perut CN dek kepanasan herba tu. Losyen mustajab memang sahabat terbaik menggantikan herba ini. ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Info terbaik...terima kasih CN perkongsian ni..
ReplyDeleteinfor kesihatan tak boleh remehkan..ya Cg N
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.