Rindunya suasana di kampung

October 05, 2015

Walaupun Hari Raya Aidil Adha telah seminggu berlalu, baru kini CN sempat berkongsi gambar suasana di kampung yang nyaman udaranya tanpa jerebu. Serius, masa di kampung dapat bernafas dengan bahagia sekali. Balik je ke Banting, terus mengadap jerebu dengan IPU 197 !! 

suasana kampung, kampung kedai empat

Sambutan raya kali ini dengan sangat 'sederhana' dek kerana kecuaian CN terlupa membawa balik baju raya CN dan Encik Suami. Sebagai protes, Encik Suami langsung takmo bergambo raya dengan CN dan Irfan. Its ok, yang penting Irfan sporting dan hensem bergaya dengan baju melayu lengkap bersampin ! Hehehe

Dress CN tu murah je beli di Mydin Mall Parit Buntar. Orang perempuan ni memang senang cari baju murah-murah. Best kan? Ok, layankan jela gambar CN bersama adik-adik yang single mingle bersama ayah tersayang yang tetap sporting melayan anak-anak nya berposing raya. 

suasana kampung, kampung kedai empat

suasana kampung, kampung kedai empat

suasana kampung, kampung kedai empat

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Bestkan suasana kg..udara pagi yg segar..bunyi burung...tba2 rindu nak balik kg walaupun rumah akak betul2 tepi jalanraya je..hehe.:)

    ReplyDelete
  2. sungguh CN suasana kampung sentiasa mengamit jiwa kita anak-anak desa ni kan, cantik sangat dress tu CN :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.