Jalan-jalan ke Karangkraf
October 11, 2015Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
Lawatan sambil belajar anjuran Pusat Sumber SMKTPG yang berlangsung minggu lepas melibatkan 86 bilangan pelajar dan 8 orang guru. Destinasi lawatan kali ini adalah ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam dan Perpustakaan Tun Raja Uda. CN akan ceritakan tentang Perpustakaan Tun Raja Uda di entry berikutnya ye.
Ini merupakan kali kedua CN datang ke sini. Kali pertama ketika Jualan Gudang Karangkraf 2 tahun yang lepas ! Hehe..
Lawatan bersama pelajar ini memang best kerana kami dibawa masuk ke kilang percetakan yang terletak di dalam kompleks ini juga. Untuk pengetahuan anda, kilang percetakan ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Dan yang paling best, ia adalah milik melayu bumiputera. Jika anda lihat di sekitar kompleks ini terletaknya kilang-kilang jenama antarabangsa, tetapi Kompleks Kumpulan Media Karangkraf berdiri teguh ditengah-tengahnya melambangkan kejayaan anak Melayu.
Kami berada di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sehingga tengah hari. Banyak jugalah pelajar2 dan cikgu2 memborong novel dan majalah di sini. CN? Jangan tak percaya, ketika semua orang sibuk membeli belah di pusat jualan, CN boleh diam2 makan di cafetaria disitu. Lapar beb ! Hehe
Oklah, layanlah beberapa keping gambar dari kamera henfon CN yang tak berapa canggih ni. Nak harapkan gambar dari kamera pelajar2 yang canggih2 memang lambatlah...
Suasana di dalam kilang percetakan milik bumiputera yang terbesar di Asia Tenggara, bangga beb !
Cikgu-cikgu berlatarbelakangkan deco wall yang cantik
Eh ! Bambamnya CN disitu
Bergambar bersama editor Majalah Remaja (duduk baju purple) dan editor Majalah Media Hiburan (duduk tengah2 antara pelajar tu). Editor majalah Remaja ni memang sporting melayan pelajar perempuan bergambar, kulit wajahnya pun cantik, jeless tawww
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
comelnya CN....hehehe...best la dpt g karangkraf..
ReplyDeleteBestnya pergi karangkraf
ReplyDeletesempat yer cikgu pergi makan time orang sibuk belah..hehe...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.