Resepi Berpantang : Ikan bawal rebus masam manis

September 03, 2015

Resepi Ikan Bawal Rebus Masam Manis


Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.


Ikan Bawal Rebus Masam Manis


Bahan-bahan ikan bawal rebus masam manis :


Ikan bawal dikelar sedikit
1 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebiji tomato dipotong kepingan
Sesudu besar sos ikan
Sekotak kecil kismis
Segenggam hirisan daun ketumbar
Air
Minyak untuk menumis

Cara memasak ikan bawal rebus masam manis:



Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan sedikit air sekadar cukup untuk tenggelamkan 3/4 ikan. Masukkan sos ikan, tomato, daun ketumbar dan kismis. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Tutup periuk dan biarkan merenih sehingga ikan masak. Sesekali siramkan kuah ke atas ikan. Hidangkan.

Selamat mencuba!


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.