10 Fakta Menarik Tentang Kentut Yang Patut Anda Tahu

September 03, 2015

10 Fakta Menarik Tentang Kentut 

Bila disebut tentang kentut, pasti ada yang akan memikirkan ia sesuatu yang 'pengotor' lagi-lagi kentut di khalayak ramai. Memang agak tidak manis untuk kentut di khalayak ramai tetapi lagi bahaya untuk kesihatan jika anda menahannya dari keluar !

kentut, kentut busuk, fakta tentang kentut, kentut kuat, tahan kentut, bahaya tahan kentut

10 Fakta Tentang Kentut


1. Kentut yang tidak berbau biasanya terjadi kerana seseorang itu menelan udara ke dalam sister pencernaannya.

2. Makanan sihat seperti brokoli dan badam yang mengandungi banyak sulfat menyebabkan bau kentut semakin busuk ! Zat dalam sulfur ini juga biasanya terdapat dalam daging dan produk susu.

3. Secara purata, rata-rata orang mengeluarkan angin sebanyak 10 kali dalam sehari. Itu menandakan sistem pencernaan badan mereka dalam keadaan baik.

4. Dalam masa 24 jam, seseorang itu boleh mengeluarkan lebih 2 liter gas kentut. Itu merupakan sesuatu yang normal.

5. Kentut berlebihan juga tidak elok. Itu menunjukkan sistem usus anda tidak sihat. Untuk masalah ini elakkan minum susu ketika perut kosong.

6. Ketahui bahawa lelaki lebih banyak mengeluarkan angin berbanding wanita. Ini kemungkinan kerana lelaki makan lebih cepat berbanding wanita. 

7. Sebenarnya tabiat suka mengunyah manisan atau gula-gula akan membuatkan anda lebih sering terkentut. 

8. Sebenarnya kentut yang keluar itu adalah gas yang terkumpul di dalam usus dan sebenarnya tabiat mereka yang suka menahan kentut adalah tidak elok untuk kesihatan angin dalam perut.

9. Mereka yang tiada masalah dengan sistem pembuangan air besar akan mendapati ketika membuang angin ia akan mengeluarkan bunyi yang sedikit sahaja. Sementara bagi mereka yang mengeluarkan angin dengan kuat itu menandakan mereka mempunyai masalah dengan sistem pembuangan air besar.

10. Ketahuilah bahawa makanan yang anda makan boleh menjadi penyebab kepada bau yang kurang menyenangkan saat anda mengeluarkan angin. Namun jangan sesekali menahannya kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan perut anda.


Sumber : Majalah Wanita Januari 2015



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. kentut lembu menyebabkan ozon semakin menipis.. ahahha tu cik en pernah baca satu ms dlu

    ReplyDelete
  2. ha ha ha...
    kentut pun byk fakta menarik ekk :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.