Wanita Hamil Berisiko Mengalami Kencing Kotor

August 15, 2015

Kencing Kotor 

Jangkitan saluran kencing, Urinary Tract Infection (UTI) ataupun nama biasa kencing kotor merupakan penyakit biasa yang sering dihadapi oleh ramai wanita, wanita hamil dan warga emas. Jika diabaikan rawatan dan tidak mengambil langkah pencegahan, ia boleh merebak dan menjangkiti bahagian tubuh terutamanya buah pinggang hingga boleh mengundang masalah kesihatan lebih serius. 

jangkitan saluran kencing, uti, wanita hamil, kencing kotor

Gambar Sumber Sini 

Wanita Hamil Berisiko Mengalami Kencing Kotor


Wanita hamil mudah menghidap jangkitan kuman disebabkan perubahan hormon. Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot salur kencing dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ia merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Rahim yang membesar juga menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat. Otot pada pundi kencing menjadi lemah, tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya.

Air kencing wanita hamil lebih berasid dan tinggi kandungan gula (akibat perubahan hormon). Ia menyebabkan bakteria lebih mudah membiak. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang. Jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam kandungan juga berisiko mengalami risiko kelahiran awal dan mempunyai berat badan yang rendah. 

Pengalaman CN sendiri semasa mengandungkan Irfan, pernah sekali kena kencing kotor. Memang gigih minum air barli sebab air barli boleh meneutralkan keasidan dalam air kencing. 


Sumber : Mingguan Wanita Mac 2015


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.