Resepi Berpantang : Ikan haruan masak lada hitam
August 14, 2015Resepi Ikan Haruan Masak Lada Hitam
Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.
Ikan Haruan Masak Lada Hitam Mudah
Bahan-bahan ikan haruan masak lada hitam :
Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam
Cara memasak ikan haruan masak lada hitam:
Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan dengan garam dan hidangkan.
* Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
sedap dan mudah disediakan...mesti cuba ni
ReplyDeleteehem ehem CN dah buat persediaan awal nampaknya :)
ReplyDeleteIbu2 yg tengah berpantang tu boleh la mencuba
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.