Resepi Berpantang : Ikan Haruan Bakar

August 20, 2015

Resepi Ikan Haruan Bakar


Kelab Ibu Ohsem ada berkongsi pelbagai resepi berpantang yang nampak sedap dan menggoda. Seperti biasa, sebab takut hilang resepi yang ohsem ini, CN kongsikan di dalam blog untuk tatapan diri sendiri selepas ini dan juga sebagai panduan kepada bakal-bakal ibu yang akan berpantang nanti mencari resepi menarik yang boleh dicuba.


Ikan Haruan Bakar


Bahan-bahan ikan haruan bakar :

Sekeping halia
Setengah inci kunyit hidup
Garam
Kicap manis
Bawang kecil dimayang halus
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Ikan haruan
Asam jawa / asam keping / asam limau

Cara memasak 
ikan haruan bakar :

Cuci ikan haruan dengan air asam sehingga hilang lendir dan bersihkan dengan air. Toskan ikan yang telah dicuci dan kelar sedikit jika perlu. Tumbuk halia, kunyit dan garam sehingga lumat dan lumurkan pada ikan. Bakar ikan dengan api sederhana sehingga masak. Lebih harum jika dibungkus dengan daun kunyit sewaktu membakar. Setelah masak, hidangkan dengan kicap manis yang diperasakan dengan bawang kecil dan lada hitam.


Siap suda ikan haruan bakar !



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

12 comments

  1. teringat masa ujian lisan dulu..saya sbut ikan ruang...rupnya ikan haruan ..

    ReplyDelete
  2. CN....seapnya...terus rindu nak makan makanan berpantang....

    ReplyDelete
  3. ni yang tak berpantang pun pasti membedal sakan.. hehe sedap je rupa

    ReplyDelete
  4. amboi CN.. ready2 ke niii.. hehhe

    ReplyDelete
  5. sedapnya...walaupun lauk bpntng...

    ReplyDelete
  6. sedap ni.
    aida masa berpantang izzat baru dpt makan ikan haruan.
    ikan haruan bakar :) marbeles.

    ReplyDelete
  7. pergh nampak menggoda sangat!!

    ReplyDelete
  8. kita klik2 semuaaaaa iklan CN dalam ni. moga murah rezeki heee

    ReplyDelete
  9. Sedapnya....resepi ni kalau tak pantang pun sedap....hihi



    Jemput singgah blog sy VITAMIN WAJIB MASA TRAVEL

    ReplyDelete
  10. kalo yang ni.. ibu tak pantang pun rasa nak makan gak..
    air asam ngan cili kicap.. sedapnya....

    ReplyDelete
  11. Tak berpantang pun suka juga.😊

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.