Mama, Ifan nak bot!

August 01, 2015

Disebabkan pengaruh cerita Power Rangers dan Transformers, Irfan Hensem menjadi minat dengan robot. Jika sebelum ini Irfan terlalu eksited dengan Ultraman, kini minat itu bertukar kepada robot pula !

Beberapa hari sebelum dibelikan robot ni, hari-hari Irfan cakap "Mama, Ifan nak bot (robot)". Sampai pergi beraya pun dimintanya robot ni. Alahai anak....

Robot Transformers


robot transformers, robot murah, bumblebee

Inilah anak bujang CN sorang ni, minat dia tak kekal lama. Lepas ni entah apa pula yang dia minat ye?

Tapi CN dan Encik Suami memang tak ajar Irfan dengan mainan mahal-mahal. Biasanya CN beli lori, kereta dan pistol mainan dekat pasar malam je. Kebetulan Paksu Irfan yang form 3 tu banyak simpan koleksi kereta dan lori mainan, merasalah Irfan bermain kereta control mahal. Nak harapkan mama dia belikan? No No !

Cuma robot kali ini Encik Suami yang belikan disebabkan dia pun minat akan robot transformers ni. Beli dekat kedai toys di Banting, dapatlah RM75 untuk 2 robot ni. Yang best, robot ni boleh bertukar-tukar. Jenuhlah CN terkial-kial nak tukar bila Irfan minta tukarkan. Dah la CN tak suka robot-robot ni ~ Hehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. Hehehe...minat baru ye wahai anak..

    ReplyDelete
  2. hahaha..KG ingatkan boat..rupanya robot tu erk...transformer bumblebee

    ReplyDelete
  3. Heheeee.. melayan kerenah anak, dgn kita2 sendiri boleh jadi terminat nnt lama-lama..

    ReplyDelete
  4. wahhh.laki dan robot memang tak boleh dipisahkan ye haha

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.