4C strategi pikat lelaki

August 24, 2015

Cara Memikat Lelaki

Hah ! Kali ini CN ingin berkongsi dengan pembaca tersayang 4C strategi memikat lelaki. Boleh dijadikan panduan untuk mereka yang masih lagi mencari pasangan hidup. Tip ini CN kongsikan dari Majalah Wanita Jun 2015 hasil penulisan Prof Madya Dr. Rusinah Siron. 


4C Strategi Memikat Lelaki


1. CANTIK

Jadilah wanita yang cantik luaran dan dalaman untuk menarik perhatian lelaki diminati. Pakai pakaian yang sopan, ayu dan cantik dipandang mata. Tidak perlu pakaian yang sarat batu2 untuk menarik perhatian lelaki. CN ada seorang kawan lelaki yang memang suka tengok wanita berkurung cottan. Dia cakap apabila wanita berkurung cottan dan bertudung bawal, nampak ayu dan sopan je. Selain itu, hati yang bersih dari hasad dengki juga akan menyerlahkan seri wajah. Lelaki memandang pasti terpikat dan terikat hatinya !

2. CERIA


Paparkan sikap yang ceria dan gembira dengan rakan2. Bergaullah secara santai dan spontan. Boleh bergurau senda tapi elak berlebihan. Jaga kesopanan dan tingkah laku, tentu lelaki yang memandang akan tersangkut hatinya.

3. CERGAS


Mana-mana lelaki pun akan suka wanita yang cergas dan pantas. Bukan wanita yang lemah, letih, lesu dan layu. Anda boleh dekati lelaki yang diminati dengan memulakan perbualan tentang bola sepak ataupun sukan yang diminatinya. Walaupun anda sendiri berasa bosan tetapi tidak salah untuk cuba menyukai sukan tersebut. 

4. CERDIK


Jadilah wanita yang cerdik di mata lelaki. Cerdik bukan kerana gred anda lebih tinggi tapi cerdik minda dengan pelbagai kemahiran dengan ilmu yang membuatkan anda petah berbicara. Berbincang, berdebat dan berbual topik tentang isu semasa. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.