Tips | Mulakan Selasa anda dengan pakaian warna pink

July 21, 2015

Panduan Warna Pakaian Mengikut Hari


Warna memainkan peranan yang penting dalam menyerlahkan aura si pemakai. Banyak pakar psikologi & motivasi mencadangkan beberapa pilihan warna mengikut hari untuk memberi impak yang berbeza. Disini CN kongsikan panduan warna pakaian mengikut hari dan psikologi yang dikongsi oleh page facebook Fizo Omar. 


panduan warna pakaian mengikut hari dan psikologi, panduan, tips, warna pakaian, aura pemakai, panduan warna

Warna Pink/Ungu Untuk Hari Selasa


Dua warna kegemaran CN dan yang paling banyak pilihan sampaikan Encik Suami merungut sebab kurung pink CN banyak sangat ! Hah ! Jangan tak tahu, walaupun CN suka warna merah. Tapi baju kerja CN banyak warna pink dan purple sebab sejuk mata memandang. Kalau pakai merah ke sekolah hari-hari, risau pelajar merungut tak boleh fokus sebab terganggu dengan warna baju CN !

Tahukah anda bahawa aura positif dari warna pink boleh membuatkan anda berasa gembira dan selesa? Sebagai guru, memang perlu berpenampilan menarik dengan warna-warna yang mampu mententeramkan jiwa pelajar. Jadi, apa salahnya hari selasa anda dengan warna lembut ini.  


panduan warna pakaian mengikut hari dan psikologi, panduan, tips, warna pakaian, aura pemakai, panduan warna


~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.