Tips | Mulakan Khamis anda dengan pakaian warna kuning/oren
July 23, 2015Panduan Warna Pakaian Mengikut Hari
Warna memainkan peranan yang penting dalam menyerlahkan aura si pemakai. Banyak pakar psikologi & motivasi mencadangkan beberapa pilihan warna mengikut hari untuk memberi impak yang berbeza. Disini CN kongsikan panduan warna pakaian mengikut hari dan psikologi yang dikongsi oleh page facebook Fizo Omar.
Warna Kuning/Oren Untuk Hari Khamis
Warna kuning dan oren merupakan warna yang terang dan silau. Tetapi tahukah anda bahawa warna ini mampu memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Ia juga memberi keceriaan dan membuatkan anda bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas.
Bagi pegawai kerajaan macam CN, hari khamis adalah hari batik. Setakat ini CN cuma ada satu batik warna kuning mustard dan selebihnya adalah batik warna pink dan merah ! Alamak, lepas ini kena beli batik warna oren pulak la ye.

~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
1 comments
Nice sharing...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.