Resepi Sotong Goreng Telur Masin yang mudah

July 14, 2015

Sebelum ini CN pernah berkongsi Resepi Ayam Goreng Ayamas Telur Masin, kali ini kita tukar pulak ke sotong sebab CN memang suka sangat sotong. Mudah jer untuk menyediakan sotong goreng telur masin ini. Jom kita masak ye.

Sotong Goreng Telur Masin



Resepi Sotong Goreng Telur Masin Sedap


Bahan-bahan sotong goreng telur masin

1. Sotong yang dicelur sekejab
2. Beberapa biji cili api
3. 3-4 ulas bawang putih dicincang
4. Beberapa helai daun kari
5. 3 biji telur masin yang telah direbus dan diambil kuningnya sahaja
6. 5 sudu besar susu segar /  susu cair
7.  Stok ayam
8. Sedikit , telur, tepung jagung dan tepung gandum untuk menggoreng
9. Sedikit butter

Cara-cara penyediaan sotong goreng telur masin


1. Campurkan kuning telur bersama susu segar dan stok ayam, kacau rata dan asingkan

2. Celupkan sotong dalam bancuhan telur dan celup pula dalam campuran tepung jagung dan tepung gandum dan goreng sampai garing. Angkat dan toskan.

3. Panaskan butter dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili padi. Masukkan telur masin tadi dan daun kari dan kacau hingga garing. Masukkan sotong goreng tepung tadi dan siap sotong goreng telur masin yang sedap !



~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.