LeapReader menjadikan proses pembelajaran lebih menarik
July 26, 2015
Alhamdulillah, rezeki Irfan murah betul bulan ini. CN balik dari sekolah, ada parcel besar dalam bilik. Tengok pengirim adalah dari Mamil Malaysia. Wah ! Hati terdetik mesti CN menang hadiah top 50 yang berjaya menyiapkan Big Mission Mamil anjuran .
Apakah yang CN telah menang?
Tara !
LeapReader dari LeapFrog ! Pergh ! Kalau nak beli hampir RM200 tau harganya.
.
LeapReader : Reading & Writing System
Dalam kotak besar ini mengandungi sebatang LeapReader iaitu 'pen ajaib' yang mudah digunakan. Nak charge pun mudah, hanya sambungkan cable USB serta 2 buah buku.
Untuk permulaan, hanya perlu layari laman web www.leapfrog.com/connect untuk setup pen ajaib ni. Kemudian download audio system untuk buku pulak. Macam di bawah, CN perlu download audio system untuk buku bertajuk "The New Girl".
Apakah keistimewaan LeapReader?
Anda hanya perlu tujukan pen pada mana-mana bahagian dalam buku dan kemudian, pen itu akan ber'bunyi' bergantung kepada gambar yang anda tujukan. Sebagai contoh, jika anda tujukan pen pada perkataan "fisherman", pen tersebut akan berbunyi "fisherman". Jika anda tujukan pen pada gambar, akan keluar suara menarik berkaitan karakter gambar tersebut. Memang menarik !
Selain berfungsi untuk membaca, terdapat juga fungsi audio dimana mengandungi 4 lagu menarik di dalamnya. Irfan memang akan berjoget sakan bila dengar lagu tu.
Buku-buku ini juga ada dijual online. Nanti bila Irfan dah habis khatam 2 buku ini, InsyaAllah CN akan belikan buku yang lain pulak untuk si kecik ni. Memang seronok mengajar Irfan membaca dengan LeapReader ni. Sangat interaktif ~
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
1 comments
Menarik !!!
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.