Kreatifnya hiasan pintu gerbang di Kampung Jenjarom
July 25, 2015
Bila sebut Kampung Jenjarom, orang pasti akan tahu bahawa itu adalah petempatan penduduk majoriti jawa. Semangat kemuafakatan antara penduduk memang terbaik. CN cuma menumpang di sini di mana Encik Suami adalah orang pure Kampung Jenjarom.
Kenapa pure? Sebab arwah atuk Encik Suami antara peneroka Kampung Jenjarom. Memang kaum kerabat Encik Suami banyak tinggal di sini.
Hiasan Pintu Gerbang Kampung Jenjarom
Istimewanya di Kampung Jenjarom, selain pintu gerbang untuk masuk ke sini yang besar gedabaq, terdapat juga hiasan kreatif bertemakan Hari Raya di simpang-simpang utama dalam kampung. Semestinya yang mendesign hiasan lampu yang kreatif ini adalah golongan belia penduduk Kampung Jenjarom.
Baiklah, CN cuma berkongsi dengan anda beberapa keping gambar hiasan pintu gerbang yang sangat kretif yang CN dapat dari sepupu Encik Suami. Ini antara keistimewaan Kampung Jenjarom apabila tiba Syawal.
Kampung anda pula bagaimana?
~ Salam Syawal dari Cikgu Norazimah ~
4 comments
Wahh. Terbaik :)
ReplyDeletewah meriahnya CN jelas kemuafakatannya ,Alhamdulillah
ReplyDeletewah cantiknya hiasan. lagi bertambah meriah raya :D
ReplyDeletekreatifnya...cantikk
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.