Guna Servis Foodpanda Bersama Shopback
July 10, 2015Shopback Malaysia
Siapa lagi yang selain CN mempunyai masalah kekangan masa yang serius? Sebagai guru di sepenuh masa dan blogger separuh masa, jadual kerja CN amatlah padat dan kadangkala CN terpaksa ‘skip’ makanan dan menggantikan dengan pengambilan ‘junk food’ atau ‘fast food’. Lagi-lagi depan sekolah ada KFC, lagilah mudah kan?
Hidup di Lembah Klang yang sesak ini juga merupakan salah satu sebab mengapa CN lebih gemar membeli makanan ‘fast food’ secara ‘drive thru’ tanpa perlu mencari parking dan menghabiskan masa minima satu jam untuk menikmati satu hidangan makanan. Tetapi kan, baru-baru ini CN telah menemui satu penyelesaian yang terbaik iaitu servis penghantaran makanan foodpanda!
FoodPanda bersama Shopback Malaysia
Tidak dinafikan, nama FoodPanda masih
belum dikenali ramai lagi namun, setelah mencuba servis FoodPanda buat pertama
kali, CN benar-benar berpuas hati! FoodPanda bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan restoran yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur, malah proses
penghantaran juga amat pantas. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi FoodPanda dan buat tempahan makanan.
Dan..jika anda ingin menikmati
diskaun tambahan dan cashback ke atas setiap pembelian anda, anda boleh membuat
tempahan makanan anda melalui Shopback
Malaysia. Caranya amat mudah, layari laman web Shopback Malaysia, kemudian cari
page FoodPanda dan terus buat tempahan seperti biasa. Sebaik sahaja anda
selesai membuat tempahan, nilai cashback akan dikreditkan ke dalam akaun
Shopback anda dalam masa 1-3 hari bekerja.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
great :)
ReplyDeletetak semua tempat dia cover
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.