#Cabaran20Hari Puasa/Raya2015 | Memori Raya
July 10, 2015
Hari keempatbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Memori Raya Zaman Kanak-Kanak".
Memori Raya Zaman Kanak-Kanak CN memang sangat indah bila dikenang. Habis satu kampung pusing kutip duit raya. Siap pegi kampung sebelah lagi tau. Zaman 90-an dulu best sebab kurang kes budak-budak kena culik dan macam-macam ni. Ibubapa memang tidak kisah melepaskan anak-anak mereka men'cari' duit.
Memori Raya Zaman Kanak-Kanak
Paling kelakar, dengan muka tak malu steady jer cakap "Makcik, kami taknak air, kami nak duit raya je". Hah ! Terus terang gituw. Lepas tu, biasanya bila dah petang, memang akan tinggal baju kurung dan seluar je. Kain dah cabut sebab panas ! Itulah CN zaman kanak-kanak dulu. Hari raya la hari yang paling best. Kalau best nak hari-hari hari raya tau.
Anda pula bagaimana, best tak memori raya anda ketika zaman kanak-kanak dulu?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
3 comments
nanti tahun ni budak2 mai , "makcik cn , kami nak duit je.... kami taknak minum air"
ReplyDeleteAmbooii masuk masuk terus minta duit raya. Hahaha
ReplyDeletesinggah sini cikgu
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.