#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Tetamu raya paling ditunggu-tunggu

July 06, 2015

Hari kesepuluh #Cabaran20Hari dengan tajuk " Tetamu raya paling ditungu-tunggu". 
Tetamu raya paling ditunggu-tunggu ni berbeza mengikut peringkat umur. Jika masa kecil-kecil dulu, CN paling eksited tunggu bapa-bapa dan mak-mak saudara datang ke rumah sebab akan dapat duit raya. Best kan duduk rumah jer dapat duit raya? Lagi ramai datang rumah lagi best sebab lagi banyak dapat duit raya !

Tetamu raya paling ditunggu-tunggu

#Cabaran20Hari, EFG, KBBA


Bila menginjak dewasa, tetamu raya paling ditunggu-tunggu adalah teman istimewa merangkap boyfriend. Tetapi boyfriend ni pulak berbeza mengikut tahun. Paling lama CN couple dengan Mr. F iaitu dari Matrikulasi sampai tahun ke 2 di Unimas. Masa tu bila raya memang eksited tunggu Mr. F datang rumah. Bila dah start keje, CN berkenalan dengan Encik Suami pula. Bila Encik Suami cakap nak beraya ke rumah, memang kelam kabut masak special untuk tersayang. Biasalah, mesti kena tunjuk skil memasak kita kan? Hehe

Kini setelah bergelar seorang isteri dan mama kepada Irfan, semua tetamu adalah istimewa. Memang tiada harapan berbaju raya manik-manik penuh di lengan apabila berada di rumah kerana sibuk didapur menyediakan hidangan untuk tetamu. Biasanya kurung favourite CN adalah kurung cotton sebab senang nak lipat lengan baju. Koleksi kurung dari Sweetmuslimah pun selesa untuk mama bergaya di hari raya pada masa yang sama sibuk di dapur. 

Anda pula bagaimana, siapakah tetamu raya yang paling ditunggu-tunggu?


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. hehehehehee... untung la bf leh datang rumah.. :)
    tapi bab baju cotton tu memang setuju CN.. tak sempat nak pakai baju bermanik-manik segala.. hahahahaha..

    ReplyDelete
  2. Kan.. Bnyk dok kat dapur je.. Layan semua tetamu yg dtg

    ReplyDelete
  3. aida x pernah tunggu boifren.
    sebab memang abah tak kasik kawan dgn lelaki!!!
    so, semua tetamu adalah istimewa.
    terutama pak-pak sedara :)

    ReplyDelete
  4. kita xde boyfren nk tnggu2 macam CN. hehehe...

    kita tnggu sedara mara je

    kita klik2 iklan adsense CN sekali ^^

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.