#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Nostalgia kad raya

July 14, 2015

Hari kelapanbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk "Nostalgia kad raya". 

Amalan membalas kad raya semakin dilupakan di zaman ICT sekarang ni. Jika tahun lepas, CN dapat 3 kad raya, tahun ni CN baru dapat 2 kad raya, 1 dari sorang student & 1 lagi dari Kak SuriaAmanda.


Nostalgia kad raya

#Cabaran20Hari, nostalgia kad raya



Jika di sekolah lama CN iaitu SMK St. Mary KL, pengetua CN iaitu Cik Goh Hai Bee akan bagi kad raya kepada semua staff melayu dengan tulisan tangan beliau yang cantik. Memang 4 tahun di sana, setiap kali nak raya CN akan tertunggu-tunggu kad raya dari beliau. Setiap ucapan adalah berbeza mengikut cikgu. Memang menyentuh perasaan. Sampai sekarang CN masih menyimpan kad raya tu tau. Memang susah nak jumpa boss macam tu, walaupun tegas, tapi masih mengambil berat akan hal staff nyer. InsyaAllah, jika CN ditakdirkan menjadi seorang pengetua, CN akan jadikan Cik Goh sebagai rujukan. Antara top pengetua di KL tau Cik Goh CN tu !

Anda pula bagaimana, apakah nostalgia kad raya anda?


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

7 comments

  1. Mudah mudahan satu hari nanti CN jadi pengetua :)

    ReplyDelete
  2. thn ni aida bangkitkan nostalgia tu.
    sempat pos few cards utk blogger frens :)

    ReplyDelete
  3. Alololo. takpa tahun depan ada rezeki ain bg kad raya buat CN ye. hihi

    ReplyDelete
  4. CN tak dapat kad raya dari anak murid ke? rasanya budak2 zaman skrg tau tak ek kad raya tu apa? huhuhu

    ReplyDelete
  5. menyesal dulu tak amik gambar kad raya yg diterima, skrg dah manalah pergi..nak dapat lagi macam tak mungkin

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.