#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Menu wajib pagi raya

July 13, 2015

Hari ketujuhbelas #Cabaran20Hari dengan tajuk "Menu wajib di pagi raya". 
Menu wajib di pagi raya semestinya nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam & masak lodeh. Kalau di sebelah suami tambahan menu seperti ketupat nasi, serunding dan ayam masak kicap. Di kampung CN di Perak pula wajib ada ketupat daun palas. Walaupun ayah CN dilarang makan pulut, dia tetap langgar pantang juga dengan alasan raya 2 kali setahun je.


Menu Wajib Pagi Raya

#Cabaran20Hari, aktiviti di pagi raya



2 kali raya tu termasuk raya qurban sebab di Parit Buntar agak meriah sambutan raya qurban. Alang-alang sebut tentang raya qurban, disebabkan sambutan cuma sehari sahaja, menu wajib adalah mee kari. Saudara mara yang datang rumah beraya ketika raya qurban memang akan mencari mee kari CN yang special tau..hehe. Nanti bila free CN share resepi mee kari special CN ye.

Anda pula bagaimana, apakah aktiviti menu wajib di pagi raya?


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. Hi CN...juju KBBA here hehehhe wau CN pandai masak mee kari ye...nakkkkkkkkk sebab julia peminat mee kari tau hehehe

    ReplyDelete
  2. CN!!!! nk resepi mee kari meletopz tuh! mesti sedap ni :D kalau xde resepi, nak dtg la umah CN masa raya haji, nak rasa :D hihihi

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.