#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Lagu raya pilihan
July 07, 2015
Hari kesebelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Lagu raya pilihan".
Lagu raya pilihan CN semestinya lagu lama yang evergreen yang melekat di hati dari kecil sehingga menjadi mama Irfan Hensem. Semestinya lagu raya paling best adalah lagu Selamat Hari Raya nyanyian Saloma. Bila main bunga api, mesti nyanyi lagu ni, kan2?
Kalau lagu raya sedih, CN paling suka lagu Mamat iaitu Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Betul ke tajuk lagu ni? Hehe.. Tapi serius, memang sedih lagu ni. Teringat lagi masa tahun pertama beraya di perantauan. Masa tu di over the sea iaitu UNIMAS. Kebetulan raya dekat dengan final exam. Memang tak balik raya la. Apa lagi, asal dengar lagu raya jer mesti mengalir air mata. Paling tak boleh lupa, malam raya tu CN dan kawan-kawan boleh menangis berjemaah sebab tak balik beraya !
Lagu raya pilihan
Tapi kan, ada juga lagu raya baru yang CN suka tau. Pernah dengar tak lagu Hari Raya nyanyian iamNeeta, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris? Video muzik lagu ni dirakam di Kampung Jenjarom tau. Kebetulan lagu ni banyak jadi lagu tema cerita semasa hari raya. Santai je dengar.
Anda pula bagaimana, apakah lagu raya pilihan anda?
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
8 comments
Lagu lama tetap terasa feeling...
ReplyDeletebetul tu,lagu lama tetap menjadi pilihan
DeleteSaloma ke Salmah ? ...pcl suka jugak lagu yg sayu...macam lagu mamat tu..Ku Pohon Restu Ayah Bonda
ReplyDeleteLagu lagu lama memang best :D
ReplyDeletelagu mamat tu best gak CN :)
ReplyDeletelgi suka lgu lama gak ^ ^
ReplyDeleteaida suka lagu lama-lama.
ReplyDeleteevergreen di telinga.
lagu-lagu baru byk yg tak sedap la, CN.
tak menaikkan semangat raya gitu...
lagu mamat tu best! kita suka :D
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.