#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Kenangan terawih zaman kanak-kanak

July 05, 2015

Hari kesembilan #Cabaran20Hari dengan tajuk " Kenangan terawih di surau zaman kanak-kanak". 
Bila sebut kenangan terawih masa zaman kanak-kanak dulu, memang kelakar bila dikenang. Paling glamer mestilah mengenakan sepupu dengan memakai telekung. Paling kelakar, dengan tak sengaja, CN dan adik memakai telekung siap-siap dari rumah. Sebab nak cepat ke surau, kami naik basikal. Tak sangka sepupu CN yang hampir sampai ke surau ketakutan memandang kami kerana ingatkan kami sebagai hantu terbang !


Kenangan terawih di surau masa zaman kanak-kanak

#Cabaran20Hari, EFG, KBBA


Zaman kanak-kanak dulu memang biasa kalau terawih tak sampai 20 rakaat. Sementara tunggu orang habis terawih (kena tunggu sebab ada moreh selepas terawih), CN dan sepupu akan main-main nyorok-nyorok. Bila main tu, mestilah bising menjerit-jerit kan? Hah ! Siaplah bila balik rumah, memang akan dapat 'habuan' dari ayah ! Bikin malu owh anak dara duk main menjerit-jerit dekat surau ! Hehe

Anda pula bagaimana, apakah kenangan terawih di surau masa zaman kanak-kanak dulu?


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Salam perkenalan blogger hebat kak CN... sya dari jiran sebah bloggger mommylina.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. masa kecik2 seronok tadarus quran..

    ReplyDelete
  3. aida x pernah ke surau / masjid terawikh.
    buat kat umah aje dgn mak abah.
    naik basikal pakai telekung???!!!
    memang menakutkan ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. ooo tunggu nak moreh ye... ingatkan join 20 rakaat.. haaaha

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.