#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Bajet Raya
July 08, 2015
Hari keduabelas #Cabaran20Hari dengan tajuk " Bajet Raya".
Bajet raya CN tidak la besar mana. Cukup dengan baju raya sedondon bersama Encik Suami dan Irfan serta tambahan beberapa helai baju kurung yang 'ter'beli. Jika dulu CN memang suka baju kurung manik-manik penuh kain chiffon. Tapi memang rugi beli sebab pakai beberapa kali je. Nak pakai pegi sekolah macam jangok sangat je..hehe
CN suka dengan design baju dari SweetMuslimah ni, simple dan yang penting selesa. Biasanya sejak ada Irfan Hensem ni, CN lebih fokuskan si kecik ni jer dalam berbelanja. Paling penting baju raya si kecik ni mesti beberapa pasang. Untuk si kecil, tak perlu beli mahal-mahal. CN biasanya akan shoping ketika sale. Pasaraya Megah di Banting memang banyak sale baju kanak-kanak. Harganya dah sama macam harga sale di Sogo tau! Hah ! Tak perlu dah bersesak-sesak di Sogo gituw..Banting jer semua ada.

Bajet Raya
Dalam bajet raya, paling penting adalah duit raya. Kena bahagikan duit raya untuk adik-adik dan anak-anak saudara yang berderet tu. Jangan lupa duit raya untuk ibu dan ayah serta mertua. Selain itu, dalam berbelanja untuk raya, CN akan sisihkan duit untuk keperluan selepas raya. Naya jer lepas raya duit dah habis, 'masak' tu nak tunggu dapat gaji ! Hehe
Pesanan CN, berpada-padalah dalam berbelanja untuk raya. Tak perlu semua dibeli baru. Jika yang lama masih elok, pakai je balik. InsyaAllah, raya kali ini CN dah tak beli kasut baru macam tahun2 lepas sebab dah penuh kasut dalam kereta! Nak bawak keluar takut Encik Suami bising..alahai perangai yang satu tu, suka betul beli kasut ! Hehe

Anda pula bagaimana, apakah bajet raya anda? Mesti banyak dapat bonus kan? Kitorang pegawai kerajaan dapat RM500..weee
~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~
4 comments
hadoi... kebetulan ptg karang aida da start nak buat bajet raya.
ReplyDeleteda le bulan ni dpt gaji awal hu hu hu ... esok!
memang kena bebetul bajet!
gaji awal lagi kena buat budget kaw2 punya
Deleteoh CN suka beli kasut eh. hehehe. kita bab bajet ni lemah sikit adoi
ReplyDelete500 baru habis tang minyak...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.