#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Resepi hidangan sahur

June 29, 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Hari ketiga #Cabaran20Hari dengan tajuk "Resepi hidangan sahur". 

Menu paling popular ketika bersahur semestinya berasaskan telur. Di rumah mertua CN, sepapan telur tu bertahan untuk seminggu je. Jadi CN rasa nak berkongsi dengan pembaca www.cekgunorazimah.com resepi hidangan sahur yang sangat ringkas iaitu "Telur pedas berasap di pagi hari". 

Resepi Hidangan Sahur

#Cabaran20Hari, EFG, KBBA, Resepi hidangan sahur

Resepi telur pedas berasap di pagi hari


Bahan-bahan
4 biji telur ayam mentah
3 biji bawang merah dipotong nipis
2 ulas bawang putih dipotong nipis
sedikit garam
segenggam cili padi dan dipotong kecil (bergantung kepada ketahanan kepedasan anda)
Air masak

Cara memasak
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
2. Masukkan air masak sedikit sebagai kuah.
3. Masukkan garam dan telur. Jangan kacau berlebihan takut telur tu pecah.
4. Biar kuah mendidih dan hidangkan.


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

9 comments

  1. kuah dia cair atau pekat CN.. ni makan time sahur yg mana mamai tu confirm terjaga hahahahah

    ReplyDelete
  2. Part telur kuningnya separuh masak.. dapnya.. ;)

    ReplyDelete
  3. anak murid cikgu ada ponteng pose tak?

    ReplyDelete
  4. Salam CN,
    Sedap tu CN makan ngan nasi panas2...
    Kalau Bonde ok jer, tapi Fatin ngan Ayahnya nanti perut tak tahan pedas

    Share : http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

    ReplyDelete
  5. kalau makan telur pedas berasap tu mesti terus segar pagi-pagi tu, bolehlah cuba untuk juadah nanti...thanks CN....

    ReplyDelete
  6. berasap tu CN, ingat kan goreng telur sambil berwassup hihi :)

    ReplyDelete
  7. samalah kita.. Kalau kat rumah, tiap kali sahur mesti ada menu telur.. Tapi selalunya buat telur dadar jep. tambah bayang dan cili... siap..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.