#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Pengalaman Bersahur

June 28, 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Hari kedua #Cabaran20Hari dengan tajuk "Pengalaman bersahur". 

Pengalaman bersahur paling mencabar bagi CN adalah ketika di Kolej Matrikulasi Perak. Ketika itu, CN baru pertama kali tinggal di asrama. Memang perit sebab kena bangun sahur sendiri kerana sebelum ini ayah CN yang akan mengejutkan kitorang adik beradik. Yela, kalau ibu yang kejutkan memang semua orang liat nak bangun, tapi bila dengar suara ayah je, terus duduk ! Hehe

Pengalaman Bersahur

#Cabaran20Hari, EFG, KBBA

Menu bersahur di asrama semestinya meggi dan roti. Air pulak berselang antara milo dan oat. Itulah menu harian CN ketika di matrikulasi dulu. Berbeza di UNIMAS, masih lagi tinggal di asrama, tapi CN ada periuk nasi sendiri. Illegal dan disorok di bawah katil. Ikutkan memang tak boleh bawak periuk nasi, tapi budak nakal macam ini lah. 

Bila ada periuk nasi ni, rajin sikit la masak nasi goreng, kalau masak megi pun siap ada telur dan sayur macam-macam. CN ni jenis yang pemakan ketika sahur. Paling best bila adik CN yang duduk di Klang postkan sambal bilis kering pedas berasap. Makan sahur pun boleh bertambah tau !

Indahnya bila dikenang kembali pengalaman bersahur ketika zaman belajar dulu. Campus life memang tak akan dilupakan sampai bila-bila. 



~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Kenangan zaman dok kampung dengan arwah wan dulu paling indah rasanya..

    ReplyDelete
  2. zaman belajar adalah kenangan terindah :)

    ReplyDelete
  3. Mmg seronok bila dikenangkam.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.