#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Menu wajib bulan puasa

June 30, 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Hari keempat #Cabaran20Hari dengan tajuk "Menu wajib bulan puasa". 

Bulan puasa merupakan bulan yang paling meriah dengan pelbagai hidangan yang kita jarang-jarang jumpa di hari biasa. Walaubagaimanapun, CN memang nekad untuk tidak ke pasar ramadhan untuk mengelak pembaziran. Yela, bila lapar semua benda nak di beli, tapi bila dah berbuka, tak sentuh pun kuih-kuih yang konon nampak sedap tu. 

Resepi Hidangan Sahur

#Cabaran20Hari, EFG, KBBA, Resepi hidangan sahur

Boleh dikatakan menu wajib bulan puasa bagi CN semestinya nasi. Orang melayu memang tak boleh lari dengan nasi. Jadi, hari-hari memang wajib masak nasi dan beberapa hidangan lauk untuk berbuka. Kuih-muih ni memang jarang masak dirumah sebab takut membazir tidak dimakan. Biasanya bila dah kenyang dengan nasi, kuih muih ni diabaikan.

Ketika berbuka, CN mengambil nasi yang sedikit tetapi lauk yang banyak sebab biasanya CN akan kenyang air. Faktor kebuncitan CN adalah air. Kira bahasa mudah adalah buncit air. Its ok, buncit air lawannya sauna. Bila la nak bersauna ye? Hehe



~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

10 comments

  1. hidnagan mesti kena nasi. kalau tak mau pengsan kan .

    ReplyDelete
  2. yoorin tahun ni gagal..memang banyak kali dah beli lauk makanan kat bazar sebab takde air.. Ni dah masuk 4 hari takde air langsung..sedihhh

    ReplyDelete
  3. kiranya wajib makan nasilah kan CN :) betul gak tu .

    ReplyDelete
  4. selamat xde gambar nasi dengan pelbagai lauk pauk, ulam ulaman dsb

    ReplyDelete
  5. farah pula lebih suka kuih muih dari makan nasi, entah kenapa ntah...bulan puasa ni dah jadi macam zaman-zaman hamil dulu pula...

    ReplyDelete
  6. Perut melayu.. Nasi tak dpt dipisahkan.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Nasi mmg menu wajib CN hehe..shida time raya pn mesti cari nasi heheee

    ReplyDelete
  8. nikmat makan juadah yang dimasak sendiri lagi best kan dari beli kat bazar.. kualiti dan kebersihan pun terjamin...

    ReplyDelete
  9. aida pun nasi :)
    semlm aje makan kue teow sup.
    permintaan anak-anak...
    but sahur balas balik dgn nasi :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.