Apabila Irfan berjumpa idolanya

June 15, 2015

Bergambar bersama Upin-Ipin

Bergambar bersama Upin-Ipin, upin, ipin, irfan hensem

Dalam entry Mesyuarat Agung SGMS, CN dah cerita bagaimana CN dengan suka hati bawak 1 family ke mesyuarat tersebut. Agenda utama adalah aktiviti jalan-jalan selepas mesyuarat. 

Kebetulan SyokFiesta sedang berlangsung di persiaran Stadium Melawati Shah Alam. Paling best adalah berjumpa dengan Upin-Ipin iaitu idola Irfan. Masa tengah mencari parking, kebetulan Upin-Ipin sedang melintas dihadapan kereta kami, Irfan bila nampak jer terus menjerit-jerit eksited duk mengulang-ngulang cakap " Mama, pipin ! ", " Mama, pipin ! " sambil jari duk tunjuk dekat Upin-Ipin yang riang berjalan. 

Paling kelakar siap marahkan Encik Suami sebab tak parking kereta lagi sambil melihat dengan hampa Upin-Ipin yang berlalu pergi. Bila dah parking terus tanya "Mama, ne pipin" (Mama, mana upin ipin?). CN dan Encik Suami pun teruslah bawak Irfan cari Upin-Ipin kesayanganya yang sedang dikelilingi peminat yang ramai. Bila dekat je Irfan terus terdiam sebab tak sangka Upin-Ipin nya sangat besar !

Tapi masa tu CN tak berkesempatan nak bergambar sebab terlalu ramai orang. Kebetulan masa nak balik, terjumpa si Upin yang bergerak nak masuk ke bilik rehatnya. Apalagi, terus mintak izin nak bergambar. Dan akhirnya dapatlah Irfan dan CN bergambar bersama Upin. Tapi si Irfan pegang kuat tangan CN tau sebab takut ! Hehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.