Panduan pemakanan untuk wanita berpantang
June 06, 2015Makanan Wanita Berpantang
Tempoh berpantang merupakan tempoh masa yang amat menyiksakan bagi wanita yang baru lepas bersalin. Lagi-lagi dengan makanan berpantang yang tidak menepati tekak kita. Jika dulu, wanita berpantang sering disogokkan dengan makanan nasi kosong bersama lada hitam, halia dan ikan bakar. Air pulak tidak boleh minum banyak-banyak dengan alasan nanti bahagian intim 'basah'. Itu dulu.
Tetapi kini, ramai wanita telah celik dengan pemakanan ketika berpantang. Banyak sebenarnya yang boleh dimakan, tetapi bergantung kepada penerimaan wanita itu sendiri. Macam CN, ketika minggu kedua berpantang, CN cuba makan daging masak kicap. Yela, masa tu tengah raya. Memang tergoda tengok daging masak kicap yang menyiurkan tu. Arwah mak mertua bagi cuba, tapi dia suruh makan sedikit dulu. Dan hasilnya, lepas makan CN terus sakit kepala. Tapi ayam goreng tak ada masalah.
Alhamdulillah, tempoh berpantang CN memang tidak menyeksakan. CN siap makan jenahak masak stim lagi tau. Tetapi arwah mak mertua banyakkan halia dalam masakan tersebut untuk buang angin. Cuma yang tersiksa bagi CN adalah tidak boleh makan pedas. Memang tersiksa sebab CN ni 'hantu pedas!'.
Minggu pertama berpantang memang hari-hari makan sup haruan untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Buah pulak, memang CN duk melantak anggur hitam sebab masa tu Irfan kena jaundis. Antara petua untuk menghilangkan jaundis adalah makan anggur hitam. Fuh ! Memang heaven.
Baiklah, disini CN kongsikan panduan makanan untuk wanita berpantang yang CN dapat dari seorang rakan di whatapps. Semoga panduan ini berguna untuk anda.
Banyak kan makanan yang boleh dimakan oleh wanita berpantang? Bagi CN, tempoh berpantang ketika bersalinkan Irfan dulu adalah saat-saat yang paling indah bersama arwah mak mertua kerana setahun kemudian dia telah meninggalkan kami selama-lamanya. Banyak perkara yang belajar ketika berpantang dari arwah mak mertua. Dia sporting tapi tegas. Jika tidak boleh makan sesuatu, arwah akan terangkan kenapa tidak boleh dimakan dengan alasan yang logik.
Akhir kata, jadikan 44 hari berpantang anda adalah tempoh yang sangat indah untuk dikenang. Tidak perlu stress kerana si kecil adalah anugerah terindah yang perlu dijaga. Selamat berpantang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
berguna untuk masa akan datang ni :)
ReplyDeleteInfo berguna.. tq..:)
ReplyDeleteJom terjah entry terkini "Hadiah Segmen.."
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.