Fuh ! Mencabar betul bawak si kecik ke GM Klang

May 04, 2015

GM Klang

GM Klang

Agak lama CN tak ke GM Klang. Syurga beli belah bagi kaki shoping macam CN ni. Faktor sibuk dengan keje dan aktiviti sentiasa full di hujung minggu menyebabkan CN tak berkesempatan ke sana. Kebetulan weekend kali ni CN free dan adik CN si Mizah tu pun duk mencari handbag baru. Jadi kami dengan sepakat membawa anak-anak ke GM Klang ! Yeah !

Walaupun GM Klang ni sentiasa ramai orang, tetapi dengan adanya aircond menjadikan anak2 kurang meragam berbanding jika dibawa mereka ke Pasar Kemboja Banting ! Jika penat bershoping, boleh berehat sambil menjamu selera di pelbagai restoran dan food court di sini. Pilih jer nak mana. 

Tetapi, dah namanya budak kecik. Budak-budak ni mana boleh berada di sesuatu tempat dalam tempoh masa yang lama. Almaklumlah, bila CN dan Mizah memilih handbag, mana boleh terus beli jer. Mesti nak survey dan cari paling memikat hati. 

Hah ! Tempoh masa setengah jam memilih handbag telah menyebabkan Irfan baring di atas lantai kedai sambil menangis-nangis! Bukan itu sahaja, ditariknya baju dia sampai terbuka ! Dah sexy anak bujang CN sorang ni. Qilah pula berlari-lari sampai ke eskalator tanpa disedari ibu dan ayahnya !! Pergh ! Naik darah ke kepala bila anak-anak bersama si ayah sedangkan ibu-ibu duk bershoping. Confirm lepas ni Irfan & Qilah tak boleh ikut pegi GM Klang dah ! Alahai anak....

GM Klang

Irfan tertido kepenatan selepas puas 'mengukur' luar GM Klang


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. nak tarik perhatian ibu namanya tu

    ReplyDelete
  2. kecik2 mmg cmtu..da beso nt nk bershoping je pulak..ehehe

    ReplyDelete
  3. Nurul pun pegi sana semalam.. dari pukul 4pm sampai la 6pm.. too crowded.. tak berapa sesuai untuk bawa anak2 kecil rasanye..

    ReplyDelete
  4. penat betul tu sampai tertido :D

    ReplyDelete
  5. tu lah CN anak2 kecil ni cepat bosan kan..

    ReplyDelete
  6. Smlm saya ke banting hantar anak sekolah.. sblum tu ada lalu di GM klang juga. Tapi tak jadi singgah sbb dah terlambat takut sekolah anak sesak. Dah dua kali kami nak pergi asyik tak menyempat je huhu.. :D

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.