Mother's day di Fruity Klang
May 10, 2015Fruity Klang
Jauhnya celebrate mother's day sampai ke Klang ye? Idok ler, sebenarnya kitorang amik baju raya yang ditempah dekat Pak Cik Indon (taktau nama) di Kampung Delek. Pak Cik Indon ni best tau hasil jahitan dia, murah pulak tu. Bayangkan baju kurung pahang dia cuma charge RM25 ! Memang berbaloi, cuma jarak tu yang mengehadkan nak hantar baju banyak dekat Pak Cik ni. Masa bujang, CN dan Mizah memang biasa hantar baju ke Pak Cik Indon ni sebab masa tu tinggal di Klang. Tapi bila dah pindah ke Banting, memang bercinta ler nak hantar baju dekat Pak Cik Indon ni.
Masa on the way balik tu, ternampak Fruity Klang yang menggoda jiwa. Last makan kek dekat sini masa bujang. Sekarang masing-masing CN dan Mizah dah jadi mama orang. Kebetulan masa tu keluar berlima termasuk ibu, Irfan & Afiq, terus ler celebrate mother's day dekat sana. Berkenduri kek ler kitorang. Tak banyak gambo yang disnap sebab keterujaan terhadap kek di Fruity Klang mengatasi keterujaan bergambo. Siap tapau tuna puff yang sangat gebu tu sebagai modal perjalanan yang jauh Klang-Banting.
Atas : Peanut Royal Cake yang sangat2 sedap !
Bawah : Cake Choc Flake kegemaran Afiq
Kalau anda ke Fruity Klang, jangan lupa cuba Peanut Royal Cake yang sangat2 sedap ! Pelbagai puff yang gebu2 juga ada di sini. Selain kek & puff, ada juga hidangan western di sini. Tapi disebabkan masih kekenyangan, kami cuma belasah kek dan puff jer.
Fruity Bakery & Cafe Klang
107, Leboh Turi, Raman Radzi, 41200 Klang
03-33731071
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
107, Leboh Turi, Raman Radzi, 41200 Klang
03-33731071
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.