Dating bersama Irfan

April 18, 2015

Tips Parenting 

tips parenting

Bagi ibu yang bekerjaya,memang agak sukar untuk meluangkan masa untuk main bersama anak. Yela, pegi keje awal pagi dan balik malam. Entah bila nak bermain dengan anak kan? 

Apa yang CN pastikan lakukan setiap hari adalah guna masa hantar dan ambil anak di rumah pengasuh dengan sebaiknya. Biasanya masa ambil Irfan dari rumah pengasuh, semasa dalam kereta CN akan berborak sambil nyanyi2 bersama Irfan. Anak yang selalu berborak bersama ibunya akan rasa lebih yakin dan keletah berkata-kata. CN akan selalu bertanya apa yang Irfan buat di rumah pengasuh. Walaupun tak berapa faham apa yang dikatakannya, CN ye kan jer. Irfan pulak akan bercerita sampai muncung2 mulut dia tau. 

Selain tu, kalau rasa malas nak masak bila penat balik keje. CN akan bawak Irfan makan diluar sambil berborak-borak dengan Irfan. Ala-ala dating gituww. Best owh dating dengan anak teruna sendiri. Jalan2 pegang tangan. InsyaAllah, CN akan cuba teruskan amalan dating dengan Irfan sampai dia besar nanti. Mesti sweet jer tengok anak teruna jalan2 pegang tangan dengan mamanya. Kan2??


 ~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. tips menarik dari CN..Insha Allah, kalau ada anak sendiri nanti nak cuba amalkan

    ReplyDelete
  2. tips yg menarik....boleh diamalkan...

    ReplyDelete
  3. mmg itu yg sntiasa dok wat pun.. lima minit pun sgt berhrga...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.