Luangkan masa bersama tersayang

April 27, 2015

Main buih di Morib

Main buih di Morib


Dah macam aktiviti wajib di hujung minggu melepak di Morib. Tak kisah la apa aktiviti, picnic ker, tengok2 laut ke or main buih, yang penting adalah bawak Irfan berseronok dan bersosial di Morib. Irfan pulak dah kenal dan tahu dekat mana port favorite dia tau. Kalau sampai jer, mata dia akan terus terarah ke kawasan buih banyak2. Lepas tu buat muka comey minta sponsor sewakan alat main buble tu. 

Apabila di tempat awam dan ramai orang macam di Morib ni, kemahiran sosial Irfan akan meningkat. Dia akan slumber menjerit-jerit bersama-sama budak yang baru kenal duk kejar buih. Mereka akan bergelak ketawa macam dah lama kawan. Seronok tengok anak dapat bergaul dengan baik dengan kawan-kawan baru dia. Almaklumlah, Irfan ni kategori pemalu. Bila dah selalu dibawak ke tempat ramai orang macam di Morib ni, kemahiran sosial dia makin meningkat. Kalau tak dulu, bawak jer tempat ramai orang, confirm duk melekat dengan mama dia. Tapi sekarang Irfan dah makin confiden bergaul dengan kawan-kawan baru. Alhamdulillah. 

Main buih di Morib

Sebelum main buih, kita makan sotong goreng dulu !

Main buih di Morib



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.